Hutang peribadi ini memang senang diperoleh dan berpotensi membantu menyelesaikan hutang-hutang lain termasuk hutang kereta, rumah, kad kredit dan PTPTN. Walaubagaimanapun, sebelum mengambil hutang peribadi, kita perlulah faham dahulu kenapa hutang-hutang pinjaman peribadi ini terwujud sebenarnya? Kebanyakan mereka yang berhutang keliling pinggang terwujud kerana perancangan kewangan yang lemah. Bila dibiar terlalu lama, bukan sahaja hutang tersebut akan berpanjangan malah, kadar faedah yang anda perlu bayar juga akan meningkat.
Namun sedemikian, seseorang tersebut mungkin juga terdesak untuk mengambil hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi disebabkan situasi seseorang itu. Ok, sekarang dah berhutang, jadi sekarang anda perlu fikir, bagaimana cara menyelesaikan hutang peribadi tersebut?
Pelan Pembayaran Hutang
Pertama sekali, kena ada plan kan? Kita perlu ingat, dalam proses pembayaran hutang pinjaman peribadi, jangan pula, kita menambahkan jumlah hutang sedia ada. Dalam proses ini, anda boleh mengambil beberapa langkah berjaga-jaga seperti menurunkan had kad kredit serta perbincangan dengan pemiutang.
Hutang Berfaedah Tinggi
Sebelum mula menjelaskan hutang pinjaman peribadi, anda perlu tetapkan keutamaan untuk membayar hutang yang lebih tinggi kadar faedahnya. Anda boleh cuba membayar lebih untuk hutang berfaedah tinggi dan pada masa yang sama, membayar jumlah minimum untuk hutang lain.
Hutang Mudah Bayar
Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membayar hutang berfaedah tinggi, secara alternatif anda juga boleh mula membayar hutang-hutang kecil. Dengan ini, anda akan nampak pengurangan hutang yang lebih drastik justeru meningkatkan motivasi untuk membayar hutang-hutang yang lain.
Ok, dah ada tips untuk membayar hutang pinjaman peribadi tapi tahu tak apa yang paling penting dalam proses pembayaran hutang anda? ATTITUDE atau sifat-sifat yang perlu sebati dalam diri. Hutang anda bukan datang secara magik ye dan pembayaran hutang tersebut juga bukan lenyap secara magik.
Anda perlu mengamalkan disiplin serta lebih mengawal perbelanjaan anda. Tak boleh berbelanja sewenang-wenangnya! Selain itu, anda juga boleh mengikuti kursus-kursus dan seminar oleh usahawan dan mempelajari cari mereka mengawal sistem kewangan mereka. Ingat ya, kewangan kita penting bukan sahaja untuk hari ini tetapi juga untuk masa depan diri dan keluarga.