Selalu bila cakap mengenai pembelian online, kita mesti teringat mengenai pembelian baju atau barang-barang elektronik. Kalau nak beli makanan pun, kita sudah biasa beli makanan yang sudah masak untuk kemudahan kita. Namun demikian, kenapa kita tidak pernah mempertimbangkan pembelian daging segar atas talian? Takut resepi daging terjejas ke?
Kami faham yang anda mungkin ragu-ragu untuk membeli daging secara online tetapi sebenarnya terdapat pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi dengan membeli daging secara online. Resepi daging masak anda juga tidak akan terjejas melalui pembelian daging secara online. Malah, mungkin keenakan masakan daging anda akan bertambah.
Kebersihan Daging
Lepas beli daging dari pasar, kita berhadapan dengan dilema untuk memotong dan membersihkan daging tersebut sebelum memasak nya. Tetapi, dengan membeli daging secara online, kita boleh memilih bahagian daging yang kita hendakkan, seperti bahagian rump, paru lembu serta brisket. Selain memilih daging ini, kebersihan pemotongan dan kualiti daging yang anda beli juga akan terjamin. Haih, rasa macam nak makan daging goreng kunyit pula tiba-tiba ya!
Daging Premium & Berkualiti Tinggi
Daging Angus? Wagyu? Jenis daging lembu ini digelar sebagai daging premium dan selalunya daging jenis ini agak susah untuk ditemui di pasar pagi berhampiran rumah anda. Selalunya, jika anda ingin beli daging sebegini, ia boleh ditemui di pasar premium.
Tetapi, melalui pembelian secara online, anda boleh membeli daging Wagyu, daging Angus serta daging tenderloin import tanpa menjejaskan rasa dan kualitinya serta tidak perlu pergi ke pasar-pasar tersebut. Bila beli daging yang lebih berkualiti, kita pun boleh masak lebih banyak resepi daging. Manalah tahu, Raya nanti boleh buat daging masak merah guna daging Wagyu pula!
Penjimatan Masa
Pada zaman ini, agak susah untuk mencari masa untuk memasak bagi seisi keluarga. Terutamanya, ibu bapa tiada masa untuk pergi ke pasar dan membeli bahan masak. Untuk ibu bapa yang keliru sebegini, apa kata anda cuba membeli daging yang telah sedia perap. Dengan daging yang sedia perap, masakan anda boleh menggunakan resepi daging masak yang tidak terlalu merumitkan. Masukkan daging dan sayur dibasuh ke dalam periuk, dah siap!
Daging yang sedia perap bukan sahaja boleh menjimatkan masa anda tetapi ia juga sedap dan berkhasiat. Daging sebegini juga merupakan pilihan terbaik bagi anda sekiranya anda mempunyai barbeku di rumah anda pada minit terakhir. Dengan membeli daging secara online, tak perlu lah panik dan pergi ke pasar. Terdapat pelbagai resepi daging klasik dan moden yang boleh anda masak menggunakan daging yang sedia perap ini.
Status Halal
Apabila anda ke pasar untuk membeli daging, walaupun terdapat sijil halal, mungkin akan terdapat keraguan yang timbul dalam diri anda. Oleh itu, dengan pembelian secara online, anda sebenarnya boleh melihat terus sijil halal bagi daging anda yang tertera di laman web yang anda kunjungi.
Selain sijil halal, laman web ini juga akan mempamerkan sijil pengiktirafan yang telah mereka perolehi dari Jabatan Veterinar, Jabatan Kesihatan serta JAKIM. Sijil-sijil ini untuk ketenangan fikiran pengguna. Bolehlah share resepi daging goreng dengan menggunakan daging anda beli online dekat group WhatsApp nanti!
Hah, kami pun telah memberi banyak sebab untuk anda menukar proses pembelian daging anda dari pasaran ke online. Cuba beli harini dan nikmati pelbagai resepi daging yang berkualiti yang lazat dihantar tepat ke depan pintu rumah anda. Anda boleh cuba daging-daging yang dijual kat https://daging2u.com.my/.