Di rumah kita, keutamaan tak selalu diberikan kepada perut lembu atau juga dikenali sebagai tripe. Ini mungkin disebabkan pembersihan perut lembu boleh dikatakan agak susah. Tapi, apa kata kalau dapat perut lembu yang sedia bersih? Hah, di Daging2u, perut lembu kami bukan sahaja telah dibersihkan malah juga halal dan berkualiti tinggi.
Dah dapat perut lembu berkualiti tinngi, tunggu apa lagi, masak je kan? Perut lembu adalah daging yang agak liat, oleh itu, ia perlu disediakan dengan betul untuk dimakan. Selalunya, daging ini direbus untuk jadikannya empuk. Selain rasanya yang enak, perut lembu turut mempunyai pelbagai jenis kebaikan untuk kesihatan kita.
Ramai tak tahu yang sebenarnya perut lembu berkualiti tinggi boleh tingkatkan rasa masakan kita. Rasa daging ini agak ringan justeru membuatkannya amat mudah untuk mengambil rasa mana-mana cara ia dihidangkan.Kerana aroma khas dan rasanya yang ringan, perut lembu ini biasanya di rempah dan digabungkan dengan makanan beraroma lain.
Terdapat empat jenis perut lembu dan Daging2u menawarkan jenis honeycomb tripe yang menyerupai sarang lebah. Jenis honeycomb ini lebih empuk dan juga mempunya rasa yang lebih enak. Perut lembu yang berkualiti juga bernutrien tinggi dan rendah kalori.
Selain itu, perut lembu juga terbukti untuk mencegah anemia kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin B12. Melalui pemakanan daging yang mempunyai kandungan protein tinggi, selera makanan dan berat badan anda boleh dikawal. Tahukah anda, perut lembu ini sebenarnya rendah kalori dan lemak berbanding sumber protein haiwan yang lain.
Resipi yang selalu digunakan oleh rakyat Malaysia ialah perut lembu air asam kerana resipi ini amat mudah sebenarnya. Rebus perut lembu dan kisarkan cili api, belacan, gula, garam bersama air asam jawa, perahan limau nipis dan limau kasturi serta sedikit air. Kemudian, gaulkan kisaran dan daging perut lembu dengan sebati.
Selain itu, perut lembu juga sering dimasak sebagai masak lemak bersama cili rebung. Untuk resepi ini, anda perlukan rebung putih, cili padi, serai, bawang merah, bawang putih, halia, asam gelugur serta santan.
Kebaikan dah bagi, resepi pun dah bagi, tunggu apa lagi? Dengan Daging2u, tak payah stres fikir tentang bersihkan perut lembu kerana kami telah sediakan untuk anda. Lawat laman web kami untuk promosi kami dan anda sudah tentu tentu boleh menikmati daging yang terjamin halal dan berkualiti.